welcome

Tuesday 26 April 2011

TATACARA DAFTAR KELUAR KOLEJ KEDIAMAN 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada semua penghuni Kolej Kediaman 2, saudara-saudara perlu membuat proses daftar keluar Kolej Kediaman sebelum atau pada 15/05/2011. (Ahad). Saudara-saudara perlu mengisi borang daftar keluar yang boleh diambil dipejabat Kolej Kediaman 2.




Sebelum saudara-saudara membuat proses daftar keluar Kolej Kediaman, saudara-saudara perlu memastikan bilik/rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Pihak pengurusan Kolej Kediaman 2 akan membuat pemeriksaan rumah sebelum proses pemulangan kunci dilakukan.



Saudara - saudara diingatkan supaya tidak meninggalkan apa-apa barangan setelah proses daftar keluar dilakukan dan menyimpan serta mengunci basikal / motosikal diruang yang telah disediakan. Mana-mana basikal yang diletakkan ditempat selain yang telah dikhaskan oleh pihak Kolej Kediaman, ianya boleh dirampas tanpa sebarang notis. Perlu diingatkan juga kepada pemilik basikal yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan, mohon pelajar untuk melupuskan basikal-basikal tersebut dengan cara yang betul. Pihak pengurusan Kolej Kediaman 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan dan kerosakan barangan yang ditinggalkan.



Sebelum pulang bercuti pastikan tingkap, pintu bilik/rumah, kipas dan lampu bilik serta paip air ditutup untuk mengelakkan pembaziran dan sebarang perkara yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat kerosakan didalam bilik dan ruang guna sama, pastikan saudara melaporkan kerosakan tersebut sebelum pulang agar tindakan pembaikan dapat dilakukan.

Kerjasama dan prihatin saudara amatlah diperlukan dan pihak Kolej Kediaman mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang bakal saudara berikan.

Selamat menduduki peperiksaan akhir & Selamat Bercuti. Terima Kasih

Saya yang menurut perintah



http://
Posted by MOHAMMAD HAKIMI BIN KAMARUDIN, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
25 APR 2011

No comments:

Post a Comment