welcome

Friday 16 December 2011

45 SOALAN YANG DITANYA OLEH PENDETA YAHUDI KEPADA WALIYULLAH ABU YAZID AL-BASTOMI RADIALLAHUANHU

TEKA TEKI YANG PERLU DIKETAHUI UNTUK MENAMBAHKAN IMAN DALAM DIRI KITA SEBAGAI SEORANG YANG MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI DUSTUR DAN IA BOLEH MENJADI MODAL UNTUK KITA MENGETAHUI RAHSIA-RAHSIA KEHIDUPAN DAN RAHSIA-RAHSIA AL-QURAN YANG MASIH TERLALU BANYAK UNTUK KITA CUNGKIL SATU-PERSATU.

45 SOALAN YANG DITANYA OLEH PENDETA YAHUDI KEPADA WALIYULLAH ABU YAZID AL-BASTOMI RADIALLAHUANHU KETIKA MANA BELIAU BERADA DALAM MAJLIS KEAGAMAAN AGAMA YAHUDI, DAN DALAM MAJLIS TERSEBUT PENDETA-PENDETA SERTA PADERI-PADERI TELAH HADIR UNTUK MERAYAKAN DAN MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.SOALAN-SOALAN ITU IALAH :-



1. Apakah satu yang bukannya dua?

1. Satu yang bukan dua adalah ALLAH SWT yang tidak ada sekutu bagi-Nya



2. Dua yang bukan tiga?

2. Dua yang bukan tiga adalah siang dan malam. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) Surah Al-Isra’ : 12



3. Tiga yang bukan empat?

3. Tiga yang bukan empat adalah Arasy, Kursi dan Qalam (pen).


4. Empat yang bukan lima?

4. Empat yang bukan lima adalah kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu; Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Lima yang bukan enam?

5. Lima yang bukan enam adalah ibadat fardhu sembahyang yang diwajikan ke atas setiap Muslim dan Muslimah.


6. Enam yang bukan tujuh?

6. Enam yang bukan tujuh adalah enam hari seperti mana firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam hari, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. Surah Qaff : 38


7. Tujuh yang bukan lapan?

7. Tujuh yang bukannya lapan adalah tujuh lapisan langit seperti mana firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dialah Allah yang telah mengaturkan kejadian tujuh lapisan langit. Surah Al-Mulk : 3


8. Lapan yang bukan sembilan?

8. Lapan yang bukannya sembilan adalah malaikat yang menanggung Arasy Allah sebanyak lapan malaikat dengan firman-Nya:

Maksudnya:
Dan Arasy Tuhan-mu pada saat itu dipikul oleh lapan Malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. Surah Al-Haqqah : 17


9. Sembilan yang bukan sepuluh?

9. Sembilan yang bukannya sepuluh adalah sebuah Madinah (kota) yang telah didiami oleh sembilan keturunan yang melakukan fasad (kerosakan) di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT:


Maksudnya:
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di muka bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan seikit pun. Surah An-Naml : 48


10. Sebutkan sepuluh yang bukan sebelas?


10. Sepuluh yang bukan sebelas adalah kewajipan yang ditunaikan di Mekah dan diwajibkan ketika menunaikan ibadat haji. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh hari yang sempurna. Surah AL-Baqarah : 196



11. Sebutkan sebelas yang bukan dua belas?

11. Sebelas yang bukan dua belas adalah saudara-saudara Nabi Yusuf AS. (sebelas orang tidak termasuk Nabi Yusuf AS)



12. Sebutkan dua belas yang lengkap?

12. Dua belas yang lengkap adalah dua belas keturunan dari kalangan Bani Israel. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israel (supaya mereka menjunjung perintah-Nya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka ua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) Surah Al-Maidah : 12



13. Juga mengenai tiga belas?

13. Mengenai tiga belas adalah apa yang dilihat oleh Nabi Yusof dalam mimpinya. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Ketika Nabi Yusuf AS berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormati kepada-Ku” Surah Yusuf : 4



14. Sebutkan empat belas yang bercakap dengan tuhan sekalian alam?

14. Empat belas yang berkata-kata dengan Allah adalah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi selepas dicipta-Nya, Allah bertanya kepada mereka sama ada mereka akan menghadap dan menyembah Allah dengan cara taat atau secara paksaan, maka mereka menjawab yang mereka akan datang kepada Allah dengan cara taat. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kapadanya dan kepada bumi; “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dngan paksa!” Keduanya menjawap; “Kami berdua sedia menurut patuh dengan sukarela”) Surah Fussilat : 11


15. Sebutkan kaum yang berdusta tetapi dimasukkan di dalam syurga.

15. Kaum yang berdusta tetapi dimasukkan ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusof AS. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula mlumurkan baju Yusuf dengan darah palsu Surah Yusuf : 18



16. Sebutkan pula kaum yang benar tetapi dimasukkan di dalam neraka?

16. Kaum yang mempercayai dan membenarkan akan tetapi dimasukkan ke dalam neraka adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan orang-orang Yahudi berkata: “Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar)”, dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar). Surah Al-Baqarah : 113 Mereka ini membenarkan dan mempercayai-Nya dan dimasukkan ke dalam neraka



17. Khabarkan di mana letaknya roh dalam jasad?

17. Letaknya roh dalam jasad dan kedudukannya adalah di antara dua telinga dan di bahagian muka.


18. Apakah dia Zariatul Zarwa?

18. Zariatul Zarwa adalah angin yang empat. Iaitu dari mata angin yang empat; utara, selatan, timur dan barat.


19. Sebutkan pula mengenai Haamilatul Waqra (kandungan yang semakin berat)?

19. Hamilatul Waqra (kandungan yan semakin berat) adalah awan.


20. Apa itu Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah)?

20. Jariatul Yusra (perjalanan yang mudah) adalah sampan atau kapal yang bergerak di atas air.


21. Juga mengenai Muqassimatul Amra (menyumpah melakukan sesuatu perkara)?

21. Muqassimatul Amra (menyumpah akan melakukan sesuatu) adalah malaikat yang senantiasa bersumpah dan mendoakan kepada manusia supaya diberikan rezeki oleh Allah iaitu pada malam lima belas bulan Sya’aban.


22. Khabarkan sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh?

22. Sesuatu yang bernafas tetapi tidak mempunyai roh adalah fajar subuh.


23. Khabarkan kubur yang bergerak membawa tuannya?

23. Kubur yang bergerak membawa tuannya adalah ikan paus yang telah menelan nabi Allah Yunus dan membawanya merentas tujuh lautan.


24. Khabarkan mengenai air yang tidak keluar dari tanah dan tidak turun dari langit?

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi adalah air yang dihadiahkan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman AS merupakan satu tempayan air yang diambil dari peluh kuda.



25. Khabarkan mengenai empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia, dan malaikat, dan tidak pula keluar dari salbi ayah dan rahim ibu?

25. Empat perkara yang bukan dari kalangan jin, manusia dan malaikat serta tidak keluar dari salbi ayah dan rahim ibu adalah Kibas (kambing) yang diganti sebagai korban kepada nabi Ismail AS dan tongkat nabi Musa AS serta Adam dan Hawa.


26. Sebutkan mengenai darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini?

26. Darah pertama yang mengalir di atas muka bumi ini adalah darah Habil yang telah dibunuh abangnya, Qabil.


27. Sebutkan mengenai sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan memperingati kita supaya senantiasa berjaga-jaga dengannya?

27. Sesuatu yang diciptakan Allah kemudian Dia menyuruh kita berjaga-jaga kepadanya adalah tipu daya dan helah perempuan. Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:
Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan, sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. Surah Yusuf : 28



28. Sebutkan mengenai satu kejadian Allah kemudian menjelikkan dan memburukkannya?

28. Satu kejadian Allah, kemudian Dia memburukkan dan menjelikkannya adalah suara keldai. Firman Allah:

Maksudnya:
Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai Surah Luqman : 19


29. Sebutkan mengenai sebaik-baik wanita?

29. Sebaik-baik wanita ialah Hawa, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aishah, dan Asiah isteri Firaun serta Maryam binti Imran (ibu kepada Nabi Isa AS)


30. Sebutkan juga sebaik-baik sungai?

30. Sebaik-baik sungai adalah Sungai Sihun,Sungai Jihun, Sungai Furat dan Sungai Nil.


31. Khabarkan sebaik-baik bukit?

31. Sebaik-baik bukit adalah Bukit Thursina (tempat Nabi Musa bermunajat sehingga diturunkan kitab yang pertama iaitu kitab Taurat).


32. Sebaik-baik binatang?

32. Sebaik-baik binatang ialah kuda.


33. Apakah sebaik-baik bulan?

33. Sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan.


34. Apakah dia sebaik-baik malam?

34. Sebaik-baik malam adalah malam Lailatul Qadar yang mana kebaikannya menyamai kebaikan seribu bulan jioka kita beramal pada malam tersebut.


35. Khabarkan apakah sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh?

35. Sesuatu yang mulanya adalah tiang kemudian bertukar dan mempunyai roh? Jawabnya adalah tongkat nabi Musa AS. Firman Allah SWT:
Maksudnya:
Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?(17) Nabi Musa menjawb; “Ini adalah tongkatku, aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu agar gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.(18) Allah telah berfirman: “Campakkan tongkatmu wahai Musa!”(19) Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.(20) Surah Tooha : 17-20


36. Apakah pokok yang mempunyai dua belas dahan dan setiap dahan itu mempunyai tiga puluh helai daun serta setiap daun ia mempunyai lima kuntum bunga, dua daripadanya terang seperti matahari dan tiga daripadanya gelap gulita?

36. Pokok tersebut ialah tahun. Manakala dua belas dahan bermaksud dua belas bulan dan tiga puluh daun bermaksud, dalam sebulan ia mempunyai tiga puluh hari. Lima kuntum bunga adalah fardhu sembahyang lima waktu, dua waktu dikerjakan di sebelah siang dan tiga waktu lagi dikerjakan di sebelah waktu malam.



37. Sebutkan mengenai sesuatu yang mengerjakan haji di Baitullah dan dia tidak mempunyai roh dan tidak pula diwajibkan ke atasnya?

37. Adalah kapal (bahtera) Nabi Nuh AS. Di mana mereka telah pergi mengerjakan haji sewaktu banjir besar dan taufan.


38. Sebutkan berapakah jumlah para Nabi yang diutuskan oleh Allah dan berapakah jumlah para Rasul?

38. Jumlah nabi kesemuanya adalah sebanyak 124 000 orang, manakala jumlah rasul kesemuanya adalah sebanyak 313 orang.


39. Sebutkan empat perkara yang berbeza rasanya, sedangkan ia keluar dari asal yang satu?

39. Jawapannya adalah dua biji mata, dua telinga, hidung dan mulut. Air dari dua biji mata dan hidung masin, air dari dua telinga pahit serta air dari mulut manis.



40. Sebutkan mengenai Naqir, Fatir dan Qitfir?

40. Fatil adalah lengkuk di sebelah dalam kacang, Naqir pula lengkuk di sebelah belakang kacang manakala Qitfir adalah kulit luarnya.


41. Sebutkan mengenai Sabdu, Labdu?

41. Sabdu dan Labdu ialah bulu biri-biri ataupun kambing.


42. Sebutkan mengenai Thum dan Rhum?

42. Thum dan Rhum adalah umat yang terdahulu sebelum kejadian nabi Adam AS.


43. Ceritakan mengenai apa yang diakatakan anjing ketika menyalak, keldai sewaktu berbunyi, kuda sewaktu berbunyi, unta sewaktu berbunyi, apa yang diucap oleh beburung sewaktu berkicau, apa yang diucapkan oleh katak di dalam tasbihnya dan apakah dimaksudkan oleh loceng sewaktu dipalu?

43. Keldai berbunyi ketika ia melihat syaitan dan berkata; “Allah melaknat satu persepuluh”. Satu persepuluh adalah orang-orang yang meminta satu persepuluh daripada sesiapa sahaja yang ingin membuat urusan dengannya sama ada perniagaan, saham, ataupun sebagainya.

Anjing menyalak kerana ia berkata; “Celakalah bagi ahli neraka yang mendapat kemurkaan yang Maha Berkuasa”.

Kuda merengek kerana ia berkata; “Maha Suci Allah yang memeliharaku sewaktu dua musuh sedang berkelahi dan berbunuh-bunuhan”

Unta berbunyi kerana ia berkata; “Harapanku hanya pada Allah dan hanya kepada-Nya sahaja aku bertawakkal”

Katak berbunyi kerana ia mengucapkan; “Maha Suci Allah yang selayaknya disembah pada setiap yang terang dan tersembunyi serta Maha Suci Allah yang gagah perkasa”.

Beburung berkicau kerana ia berkata; “Maha Suci Allah di setiap pagi dan petang”.

Maksud loceng ketika dipalu ialah; “Maha Suci Allah yang Maha Benar dan hak. Lihatlah wahai anak Adam ke timur dan ke barat, tidak ada seorang pun yang hidup kekal di dunia ini”.



44. Ceritakan pula kaum yang mendapat wahyu dari Allah, sedangkan ia bukan dari kalangan jin, manusia ataupun malaikat?

44. Kaum yang mendapat wahyu dari Allah dan mereka bukan dari kalangan jin, manusia dan juga malaikat ialah lebah. Firmat Allah SWT:

Maksudnya:
Dan Tuhanmu memberi wahyu (ilham) kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia”. Surah An-Nahl : 68




45. Ceritakan pula ke mana perginya malam apabila siang dan siang sewaktu malam?

45. Dan yang terakhir ialah kedua-dua perkara ini amatlah berat dan rumit kerana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.



SELEPAS MENJAWAB KESEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN, MAKA ABU YAZID MENGEMUKAKAN SATU SOALAN KEPADA KETUA SEGALA PADERI DAN PENDETA YAHUDI TERSEBUT.SOALANNYA IALAH; “CERITAKAN KEPADAKU MENGENAI KUNCI PINTU SYURGA DAN KUNCI PINTU LANGIT?” DAN MEREKA SEMUA TIDAK MAMPU UNTUK MENJAWABNYA. AKHIRNYA ABU YAZID BERPALING KEPADA KETUA MEREKA. LALU DIA MENGATAKAN BAHAWA, DIA TIDAKLAH TIDAK BOLEH MENJAWAB PERSOALAN ITU CUMA DITAKUTI JAWAPANNYA TIDAK DIPERSETUJUI OLEH PARA PENGIKUTNYA. LALU MEREKA SERAYA BERKATA MEREKA AKAN BERSETUJU DENGAN APA-APA JAWAPAN DARI KETUA MEREKA. MAKA KETUA MEREKA MENJAWAB; “ ANAK KUNCI PINTU SYURGA DAN LANGIT ADALAH KALIMAH SYAHADAH:

ﻻ ﺇﻠﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻤﺤﻤﺪ ﺮﺴﻮﻞ ﺍﷲ

KEMUDIAN MEREKA SEMUA AKUR DENGAN JAWAPAN KETUA MEREKA DAN KESEMUA MEREKA, TERMASUK KETUA YAHUDI ITU MEMELUK AGAMA ISLAM.

Saturday 29 October 2011

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya :

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Friday 28 October 2011

9 kesalahan didalam percakapan

Cara kita berkomunikasi dengan orang lain adalah sebuah kebiasaan. Karenanya, seringkali kita tidak mengetahui apakah pola percakapan yang kita lakukan sudah baik atau belum baik.

Dalam kehidupan sehari-hari pasti anda sering berkata dalam hati : ”ah tidak enak mengobrol dengan si A, lebih enak saya mencari si B dan mengobrol dengannya.”

Saya tidak tahu anda sendiri masuk ke dalam kategori mana : si A ataukah si B, mudah-mudahan bukan si A karena si A biasanya selalu dijauhi oleh teman-temannya.

Andai saja anda masuk dalam kategori si A, anda tidak perlu khawatir karena pola komunikasi yang kurang baik tentu saja dapat diperbaiki. Di bawah ini adalah beberapa kesalahan yang umum dilakukan oleh orang-orang beserta beberapa solusi untuk memperbaikinya.

1. Tidak Mendengarkan
Sebagian besar orang bukanlah tipekal pendengar yang baik. Ini tentu saja berhubungan dengan ego mereka yang tinggi, yang justru ingin lebih didengarkan dibanding mendengarkan. Dalam setiap perbincangan mereka sepertinya tidak tahan menunggu giliran untuk berbicara.

Belajarlah menekan ego anda untuk mendengarkan secara sungguh-sungguh apa yang orang lain katakan.

Ketika anda mengambil sikap untuk mulai mendengarkan, anda sedang membuka jalan untuk terciptanya suatu hubungan (apapun) yang sangat potensial. Namun tetap hindari jawaban singkat “ya” atau “tidak”, karena jika anda seperti itu lawan bicara anda akan memberikan informasi setengah-setengah kepada anda.

Antusiaslah terhadap topik yang sedang mereka bicarakan, sebagai contoh, jika lawan bicara anda sedang bercerita tentang pengalamannya mendaki gunung pada akhir minggu lalu, anda dapat bertanya kepadanya :
- gunung apa yang anda daki?
- apa yang ada sukai dari mendaki gunung?
- apa saja yang anda lakukan di atas gunung?

Pertanyaan-pertanyaan semacam itu akan membuat topik pembicaraan menjadi lebih mendalam, lebih menarik, serta memancing lebih banyak lagi topik untuk didiskusikan. Dan yang tak kalah pentingnya lawan bicara anda mengetahui bahwa anda sungguh-sungguh sedang mendengarkannya. Hal ini tentu saja akan membuat tingkat respek lawan bicara anda bertambah pada anda.

2. Terlalu Banyak Bertanya
Beberapa pertanyaan dapat berarti anda antusias dengan lawan bicara anda, namun terlalu banyak bertanya pun akhirnya menjadi tidak baik karena sepertinya anda sedang menginterogerasi lawan bicara anda, dan dapat membuat mereka menjadi tidak nyaman.

Cobalah gabungkan antara pernyataan dan pertanyaan, misalkan :
- saya pun minggu lalu berakhir pekan dengan memancing bersama teman-teman kerja saya. Apakah anda suka memancing?

3. Kehabisan Topik Untuk Dibicarakan
Dalam percakapan mungkin anda sering merasa kehabisan topik untuk dibicarakan dengan lawan bicara anda, terutama jika anda berbicara dengan seseorang yang baru saja anda kenal. Untuk mencegah hal ini terjadi, ada beberapa saran mengenai topik yang bisa anda bicarakan :

- Seorang bijak pernah berkata “Jangan tinggalkan rumah tanpa membaca surat kabar terlebih dahulu. Jika anda kehabisan topik untuk dibicarakan, anda bisa memulai berbicara tentang berita yang sedang hangat saat ini.”
- Bicarakan tentang sesuatu yang berada disekeliling anda. Mungkin tentang aquarium yang berada dibelakang anda, anak-anak yang sedang bermain di samping anda, atau apapun saja yang memungkinkan untuk dibicarakan di sekeliling anda.

4. Penyampaian yang Buruk
Salah satu hal yang paling penting dalam berkomunikasi bukanlah apa yang anda katakan, melainkan bagaimana anda menyampaikannya. Perubahan dalam kebiasaan ini akan membuat perbedaan besar, karena suara dan bahasa tubuh adalah bagian yang sangat vital dalam berkomunikasi. Beberapa hal dibawah ini untuk anda pertimbangkan :

- Sampaikan dengan perlahan. Ketika anda berbicara tentang suatu hal yang sangat menyenangkan, mudah sekali bagi anda untuk memulai pembicaraan tersebut dan bahkan anda dapat berbicara dengan sangat cepat. Usahakan anda memperlambat kecepatan bicara anda, karena akan lebih mudah bagi lawan bicara anda untuk mendengarkan dan menangkap maksud yang ingin anda sampaikan.
- Bicaralah dengan suara lantang. Tidak perlu ragu, karena lawan bicara anda memang ingin mendengarkan anda.
- Bicaralah dengan jelas. Jangan seperti bergumam.
- Bicaralah dengan suara yang tidak monoton. Libatkan emosi dalam suara anda.
- Gunakan jeda. Penyampaian dengan perlahan ditambah dengan jeda akan membuat lawan bicara anda lebih perhatian dalam mendengarkan dan suasana pun menjadi lebih rileks.
- Gunakan bahasa tubuh yang baik. Dalam artikel mendatang, saya akan membahas bagaimana menggunakan bahasa tubuh yang baik.

5. Menginterupsi
Apakah yang anda rasakan jika pembicaraan anda dipotong oleh lawan bicara anda? … Ya, lawan bicara anda pun akan merasakan hal yang sama jika anda memotong pembicaraannya. Biarkan lawan bicara anda menghabiskan terlebih dahulu apa yang ingin disampaikan. Itu adalah salah satu bentuk penghargaan anda pada lawan bicara anda. Carilah keseimbangan antara mendengarkan dan berbicara.

6. Keinginan “Selalu Benar”
Orang tidak akan terkesan kepada anda jika anda selalu ingin merasa benar dalam setiap pembicaraan. Seringkali pembicaraan bukan betul-betul sebuah diskusi. Kadang-kadang kita ingin menjaga mood tetap baik dengan berbicara dengan seseorang. Sebagai contoh : salah satu teman anda ingin bercerita kepada anda mengenai serunya pengalaman berarung jeram sampai-sampai perahu karetnya terbalik. Namun anda malah berbicara bagaimana berarung jeram yang baik. Saya yakin mood teman anda akan langsung berubah.
Duduklah santai, berbicara dan tidak berdebat.

7. Berbicara Tentang Hal-Hal Aneh atau Negatif
Pernahkan anda berkenalan dengan seseorang dan setelah itu ia berbicara tentang hal-hal aneh atau negatif, seperti kesehatannya yang memburuk, cerita pembunuhan, atasannya yang menyebalkan, atau menggunakan bahasa aneh yang hanya ia dan temannya yang mengetahui artinya.

Saya rasa tidak ada manfaatnya berbicara hal-hal aneh atau negatif seperti itu. Orang-orang akan senang berbicara kepada anda jika anda selalu memberikan energi positif dalam setiap kata-kata yang anda keluarkan.

8. Membosankan
Jangan bercerita panjang-panjang tentang mobil anda yang baru saja anda beli atau rumah anda yang baru saja selesai dibangun. Rata-rata orang tidak terlalu tertarik dengan cerita semacam itu, yang terlalu mengekspose kemampuan diri. Carilah topik yang mengarah pada hal-hal yang bergairah atau hal-hal yang lucu misalkan. Bisa juga anda menceritakan tentang pengalaman anda berakhir pekan di puncak kemarin atau rencana anda pada liburan Lebaran mendatang. Intinya adalah sesuatu yang positif. Bukan juga mengeluh tentang atasan atau pekerjaan anda.

Dale Carnegie pernah berkata :
”Dalam 2 bulan anda akan mempunyai lebih banyak teman dengan cara antusias terhadap cerita-cerita mereka dibandingkan 2 tahun anda mencari teman dengan cara berusaha memancing mereka tertarik pada cerita-cerita anda.”

Cobalah memberi peran lebih dalam berbicara untuk lawan bicara anda. Kelak anda akan membangun sebuah hubungan yang berkualitas.

Mungkin anda sudah sering mendengar istilah “mengapa Tuhan menciptakan 2 telinga dan 1 mulut? … agar kita lebih banyak mendengarkan dibanding berbicara.

9. Tidak Merespon Dengan Baik
Jika seseorang bercerita tentang pengalamannya, jangan sekedar mengangguk atau menjawab dengan kalimat singkat. Terbukalah dan katakan apa yang anda pikirkan. Ekspresikan perasaan anda.

Sebagai penutup, anda tidak harus memperbaiki ke-9 langkah diatas secara sekaligus. Pilihlah kira-kira 3 hal terpenting yang menurut anda perlu diperbaiki dan selama 3-4 minggu anda berusaha melakukan hal tersebut secara terus menerus sampai akhirnya menjadi suatu kebiasaan.

Mudah-mudahan tips ini bermanfaat bagi anda sehingga kelak anda dapat menjadi teman bicara yang baik bagi teman-teman atau pasangan anda.

Thursday 27 October 2011

Penutupan sementara waktu Lebuhraya Tun Razak (LTR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Untuk makluman semua warga Universiti Malaysia Pahang,

Lebuhraya Tun Razak (LTR) akan ditutup buat sementara waktu pada 28/10/2011 bermula dari jam 07:00 pagi kerana kerja-kerja untuk menaikkan jejantas yang menghubung KK4.Sehubungan dengan itu semua kenderaan yang menghala ke Tol Gambang dan juga semua kenderaan dari Tol Gambang akan menggunakan jalan dalam UMP sebagai laluan alternative.Pihak Keselamatan memohon semua staf dan juga pelajar agar lebih berhati-hati sewaktu memandu dan patuhi papan tanda arah yang sedia ada dan juga papan tanda sementara JKR pada masa tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Harap maklum.

http://
Posted by SHAHRIN NIZAM BIN ABDUL RAHMAN, BAHAGIAN KESELAMATAN
25 OCT 2011

Monday 17 October 2011

the power of SMILE :-)

Smiling is a great way to make yourself stand out while helping your body to function better. Smile to improve your health, your stress level, and your attractiveness. Smiling is just one fun way to live longer.


1. Smiling Makes Us Attractive
We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away -- but a smile draws them in.


2. Smiling Changes Our Mood
Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.


3. Smiling Is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.


4. Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.


5. Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. Prevent the flu and colds by smiling.


6. Smiling Lowers Your Blood Pressure
When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home. Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?


7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.


8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day -- you'll look younger and feel better.


9. Smiling Makes You Seem Successful
Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.


10. Smiling Helps You Stay Positive
Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.

my pic





Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?

HARI ini saya ingin menjawab soalan seorang pelajar kepada saya. Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk ketika study?

1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Selamat berjaya.

Mengapa Badan Gemuk? 5 Petua Menjadi Kurus!

RAMAI yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, serta-merta muka masam mencuka.

“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”

Ya, mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu?

Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal serta teknik kawalan berat badan yang sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya?

Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya yang kurus ini juga harus melaksanakannya.

1) Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.

2) Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.

3) Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.

4) Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.

5) Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.

Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!

Nak tahu khasiat buah anggur?

MARI kita cerita-cerita tentang buah anggur. Dah lama tak sembang tentang khasiat buah-buah ni. Di Mesir, ketika ini memang merupakan kemuncak bagi musim buah anggur, jadi rasanya elok saya kongsikan segala khasiat yang terkandung di dalam buah anggur ini.

1-Kurangkan risiko serangan jantung. – Untuk pengetahuan anda, anggur mengandungi nitric oxide yang tinggi di mana ianya mengurangkan pembentukan gumpalan di dalam darah. Justeru ia akan mengurangkan berlakunya serangan jantung.

2-Mengurangkan kolesterol tubuh – Anggur mengandungi bahan pterostilbene yang mempunyai kapasiti untuk mengurangkan kolesterol di dalam tubuh.

3-Mengatasi masalah sembelit – Anggur juga mengandungi bahan organik asid, gula dan cellulose. Bahan-bahan ini akan membantu masalah penghadaman dan sembelit yang berlaku kepada pesakit.

4-Buah pinggang yang sihat – Selain itu, anggur juga mengurangkan nilai keasidan pada uric acid di dalam tubuh. Ia juga membantu menyingkirkan asid-asid daripada sistem tubuh. Dan ini akan mengurangkan tekanan kerja kepada ginjal (buah pinggang).

5-Kanser payu dara – Melalui kajian yang dijalankan ke atas tikus setelah mereka diberi makanan anggur, didapati anggur juga mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara.

6-Alzheimer – Resveratrol, sejenis polyphenol, didapati menurunkan beta amyloid di dalam pesakit alzheimer. Anggur juga pada hakikatnya membantu kesihatan otak manusia.

7-Mencegah jangkitan – Anggur mengandungi bahan antibakteria dan antivirus yang mampu mencegah jangkitan pelbagai jenis penyakit.

8-Risiko kanser – Flavonoids yang terkandung di dalam anggur bertindak sebagai antioksidan yang melawan kanser. Anthocyanins and proanthocyanidins yang ada di dalam anggur juga bertindak mengurangkan risiko pertumbuhan kanser.

Tips awet muda

RAMAI orang kata saya nampak muda dari usia saya sebenarnya. Aduhai, jangan marah saya ya. Ini orang yang kata. Bukan saya. Saya hanya menyampaikan ungkapan-ungkapan kebanyakan orang.
Yalah, sekali pandang, mereka kata saya ni ala-ala macam awal 20-an atau agak-agak baru masuk universiti gitu. Bila ada orang cakap macam ni pada saya, saya hanya tersenyum. Dalam hati, menutur kalimat alhamdulillah. Tiada lain yang berhak untuk diberi pujian, melainkanNya juga.

7 tips untuk anda dan saya kelihatan awet muda. Mari kita tengok. Ada tak kita amalkan kesemua ini.

1)Makan pemakanan yang bernutrisi – Makanan bernutrisi ini maknanya banyakkanlah makan buah-buahan. Makin banyak anda mengambil buahan-buahan, makin besar peratusan anda untuk kelihatan lebih muda. Makan buah pun bukannya susah. Ya tak? Buah-buahan ni mengandungi anti oksidan dan ini secara tidak langsung membantu anda untuk kelihatan lebih muda.

2)Elakkan mendapat pancaran matahari secara kerap – Ini pun penting. Cahaya matahari secara terus akan mudah merosakkan lapisan kulit anda. Terutamanya mereka yang sedang berada di kawasan yang mengalami musim-musim panas. Cahaya matahari waktu pagi itu baik. Cuma jangan sampai berlebihan, di tengah terik tengah hari apatah lagi.

3)Dapatkan air yang mencukupi – Air yang mencukupi ialah sebanyak 8 gelas air masak sehari. Ini yang biasa disebut. Ke mana-mana, bawalah air. Pastikan tubuh anda tidak kekurangan air.

4)Lakukan kerja yang anda suka – Ini tersangat-sangat penting. Apa pun kerja yang anda buat, lakukanlah ia dengan happy, buat sebaik mungkin. Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu kerja yang anda sendiri tidak suka. Natijahnya nanti, anda sendiri yang akan tertekan, stress dan ini semua akan menyerlahkan lagi wajah tua anda. Banyakkan senyum dalam kerja, anda pasti akan kelihatan lebih muda.

5)Tidur yang cukup – Walaupun sesibuk mana sekalipun awak tu, kak, bang, seeloknya dapatkanlah tidur yang secukupnya. Tidur selama 6 hingga 7 jam sehari itu penting. Bila tidur tak cukup, badan akan tidak cukup tenaga. Bila tubuh lemah, anda akan lebih lesu, tidak bermaya, setiap tindakan anda juga akan tidak menjadi. Tidur yang cukup akan menstabilkan kembali sistem-sistem tubuh anda. Jadi, pastikan tidur anda sentiasa cukup.

6)Berfikiran positif – Kita dalam hidup ni tak boleh lari dari masalah. Betul? Tak ada manusia yang hidup kat atas bumi ni yang gembira sentiasa. Kita tak akan jumpa orang yang hidup dengan tak ditimpa problem, cabaran dan dugaan. Derita, suka dan duka itu lumrah, kak. Kita yang menentukan sama ada untuk ceria atau untuk terus berduka. Sentiasalah positif. Apa pun masalah yang melanda, anda perlu positif. Dari situ anda lebih bersemangat, ceria, senyum dan setiap langkahan anda akan lebih laju dan terkedepan dari yang lain-lain.

7)Dapatkan pertolongan daripada Tuhan – Nombor tujuh ni patutnya saya letak di nombor satu. Sengaja saya letak di sini, supaya bila anda mengakhiri bacaan saya kali ini, anda akan ingat yang ini dulu. Bang, kak, adik-adik semua, kita kalau nak apa-apa kat mak ayah kita, kita mesti buat baik kat mereka dulu, baru biasanya mereka akan beri. Betul? Jadi, ini pun macam tu. Dekatkanlah diri kita pada Dia. Taat suruhannya. Minta betul-betul pada Allah. Dia mesti bagi. Dia pasti akan kabulkan permintaan hamba-hambanya yang betul-betul taat dan laksanakan peritahnya.

Untuk anda semua, saya ucapkan selamat bermuda-mudi, selamat berawet muda dan selamat kelihatan muda dari usia anda sepatutnya!

3 pemangkin mencapai matlamat hidup

Bangun pagi-pagi sahaja jiwa telah dibebani dengan seribu satu masalah. Yang pekerja, dengan masalahnya sendiri. Yang bos, dengan problemnya yang tak pernah habisnya juga. Setiap orang ada halangan dan perkara yang perlu diselesaikan. Bukan anda seorang sahaja.
Jadi, sebaik sahaja anda celikkan mata, ambil wuduk, basahkan seluruh tubuh untuk kesegaran diri kemudian set dalam minda, programkan betul-betul, dan bawa hati anda ke arah apa yang anda mahukan.

Letakkan diri anda di dalam situasi ketenangan, bawa jiwa anda jauh ke tempat yang aman damai, segar dan penuh dengan kerehatan.

Seseorang itu akan mudah untuk berasa stress dan cenderung untuk berasa marah, apabila emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Emosi yang tidak stabil adalah berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon dan bahan kimia yang natural di dalam tubuh.
Jangan biarkan diri anda terbawa oleh perkara-perkara yang mengganggu emosi anda. Apabila minda anda telah memprogramkan sesuatu yang bersifat ‘objektif’, secara tidak sedar, anda akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Percayalah, hidup anda pasti akan lebih bermakna dengan keceriaan yang dilalui.

3 perkara untuk mudah mencapai objektif hidup:

1. Ikhlaskan niat melakukan sesuatu perkara. Letakkan ALLAH sebagai hadaf dan matlamatnya.

2. Fikirkan kejayaan yang bakal diperoleh, hasil daripada usaha yang dilakukan beserta tawakal yang kuat kepada ALLAH. Secara tidak langsung, ini akan menjadi suntikan bosoter ke arah kecemerlangan anda.

3. Jangan terlalu masukkan perkara-perkara negatif yang bakal anda hadapi ke dalam minda anda. Kesemua ini akan menjadi batu penghalang besar kepada capaian matlamat hidup anda.

Selamat maju jaya untuk anda semua!

9 Wanita disukai lelaki

WANITA itu adalah perhiasan seisi dunia. Dan sebaik-baik perhiasan itu adalah yang menyejukkan mata. Yang menyejukkan mata itu juga biarlah yang mendamaikan hati.
Orang selalu sebut cinta itu akan lahir dari mata lalu turun ke hati. Dari penglihatan dan penampilan seseorang itu sahaja kita boleh membuat anggapan awal terhadap seseorang walaupun tidak semuanya tepat.

Hari ini saya kongsikan 9 wanita yang sering diminati dan disukai oleh kaum lelaki:

1. Kuat agama.

Lelaki yang soleh adalah diciptakan untuk wanita yang solehah. Andai anda mahukan ciri suami anda itu adalah seorang yang beriman dan beragama, maka seharusnya anda perlu memenuhi diri anda dengan kriteria itu juga. Lelaki yang benar-benar ikhlas dalam percintaannya akan memilih ini sebagai perkara asas pertama dalam mencari bakal isterinya.

2. Memelihara penampilan.

Lelaki biasanya akan tertarik kepada wanita yang sentiasa menjaga penampilannya. Tak kiralah di rumah, di tempat kerja, bersama keluarga, dating atau di mana-mana sekali pun, wanita yang sentiasa menjaga kebersihan, pemakaian dan perwatakan dirinya akan mudah untuk didampingi oleh lelaki.

3. Lemah lembut.

Yang ini saya tidak nafi. Hampir semua lelaki akan tertarik kepada wanita yang lemah dan lembut. Lemah lembut ini membawa pengertian bahawa seorang wanita yang sentiasa merendahkan suara ketika berkata-kata, tenang dalam tindakan, tunduk pandangannya semasa di mata masyarakat dan bijak dalam mengawal emosi perasaan dalam apa juga keadaan.

4. Keanak-anakan.

Nombor empat ini kebiasaanya lelaki akan cenderung untuk tekankan. Seorang wanita perlu mempunyai sifat ini agar ia mudah untuk didampingi oleh lelaki. Tak kisah anda sudah menjadi isteri atau masih mencari pasangan. Seorang suami atau lelaki amat suka kepada isterinya yang bersifat keanak-anakan. Keanak-anakan ini saya maksudkan ialah pandai dalam menunjukkan sifat manja, kasih dan sayang kepada pasangan. Seorang wanita itu sendirinya lahir dengan sifat manja, lembut dan riang.

5. Sentiasa menjaga maruah diri.

Wanita wajib memelihara maruah dirinya sendiri. Wanita yang sering menjadi kesukaan lelaki adalah wanita yang pandai menjaga dirinya sendiri. Dia tahu bila dan di mana dia perlu membawa dirinya. Dia juga arif bagaimana untuk mengawal hubungan dan komunikasi bersama lelaki-lelaki lain. Wanita yang sentiasa menitik beratkan perkara ini sering kali akan menambat hati lelaki dengan lebih lagi.

6. Memahami.

Seorang lelaki suka kepada wanita yang memahami dirinya. Isteri seorang petani harus arif untuk belajar cara hidup seorang isteri si petani. Isteri seorang artis juga mesti tahu bahawa suaminya adalah milik jutaan peminat di mata masyarakat. Jadi, siapa pun suami atau kekasih anda, anda perlu sentiasa memahami pasangan anda. Lelaki amat tidak selesa kepada wanita yang kurang memahami dirinya.

7. Pandai bergaul dan menyesuaikan diri.

Wanita perlu juga bijak menyesuaikan diri di mana juga dia berada. Di kampung, maka buatlah cara di kampung. Kalau di bandar pun begitu. Berhadapan dengan orang tua dah tentu berbeza bila bergaul dengan golongan muda. Sikap wanita yang mudah untuk bergaul dengan sesiapa pun golongan manusia, akan menjadi bonus buat diri anda sebagai seorang wanita.

8. Mempunyai sifat ibu.

Sifat keibuan ini memang ada pada setiap wanita. Cuma anda sudah tonjolkan atau pun masih belum. Prihatin, mengasihani dan penyayang adalah antara sifat keibuan yang diminati oleh kaum lelaki. Nilai keibuan ini tidak semestinya ada pada wanita yang sudah melahirkan anak atau yang sudah berumah tangga, bahkan ianya mampu untuk dizahirkan oleh semua golongan yang berstatus wanita.

9. Merendah diri.

Lelaki suka wanita macam ni. Biarlah dipuji sepuluh kali, seorang wanita yang sentiasa merendahkan dirinya dalam hubungan percintaan amat disukai oleh lelaki. Lelaki amat benci wanita yang ego, yang mementingkan diri sendiri dan merendah-rendahkan pula pasangannya.

7 Tip Hilangkan Berat Tanpa Peluh, Tanpa Tahan Lapar!

1. FIDGET
James Levine, MD, of the Mayo Clinic in Rochester, MN, has spent a decade studying the role that everyday movement, or NEAT (nonexercise activity thermogenesis), plays in metabolism. His discovery: People who tap their feet, prefer standing to sitting, and generally move around a lot burn up to 350 more calories a day than those who sit still. That adds up to nearly 37 pounds a year!

2. KEEP MOST MEALS UNDER 400 CALORIES
Study after study recommends spacing out your meals at regular intervals and keeping them all about the same size. Eating meals at regular intervals has been linked to greater calorie burning after eating, better response to insulin, and lower fasting blood cholesterol levels. When you eat regular meals throughout the day, you’re less likely to become ravenous and overeat.

3. TAKE YOURSELF OFF CRUISE CONTROL
Increase the intensity of your everyday tasks, from vacuuming to walking the dog, recommends Douglas Brooks, an exercise physiologist and personal trainer in Northern California. “Turn on some music, add in some vigorous bursts, and enjoy the movement,” he says.

4. DRINK 8 GLASSES OF WATER PER DAY
Water is not just a thirst quencher–it may speed the body’s metabolism. Researchers in Germany found that drinking two 8-ounce glasses of cold water increased their subjects’ metabolic rate by 30%, and the effect persisted for 90 minutes. One-third of the boost came from the body’s efforts to warm the water, but the rest was due to the work the body did to absorb it.Increasing water consumption to eight glasses per day may help you lose about 8 pounds in a year, he says, so try drinking a glass before meals and snacks and before consuming sweetened drinks or juices.

5. STEP IT UP–AND DOWN
Climbing stairs is a great leg strengthener, because you’re lifting your body weight against gravity. In addition to taking the stairs at every opportunity, try stepping up and down on the curb while you’re waiting for the bus or filling your gas tank, says Brooks.

6. USE GROCERY BAGS AS DUMBBELLS
Letting someone else load your groceries or carry your suitcase is an opportunity missed for strengthening and calorie burning, says certified coach Beth Rothenberg, who teaches a class for fitness professionals at UCLA. “Carry your groceries, balanced with a bag in each hand, even if you have to make several trips,” she says. “And pack two smaller suitcases instead of one big one, so you can carry them yourself.”

7. EAT 4 g OF FIBER AT EVERY MEAL
A high-fiber diet can lower your caloric intake without making you feel deprived. In a Tufts University study, women who ate 13 g of fiber or less per day were five times as likely to be overweight as those who ate more fiber.To get 25 g of fiber a day, make sure you eat six meals or snacks, each of which contains about 4 g of fiber. For to-go snacks, buy fruit; it’s handier than vegetables, so it’s an easy way to up your fiber intake. One large apple has just as much fiber (5 g) as a cup of raw broccoli.

Tuesday 26 April 2011

TATACARA DAFTAR KELUAR KOLEJ KEDIAMAN 2

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Kepada semua penghuni Kolej Kediaman 2, saudara-saudara perlu membuat proses daftar keluar Kolej Kediaman sebelum atau pada 15/05/2011. (Ahad). Saudara-saudara perlu mengisi borang daftar keluar yang boleh diambil dipejabat Kolej Kediaman 2.




Sebelum saudara-saudara membuat proses daftar keluar Kolej Kediaman, saudara-saudara perlu memastikan bilik/rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih. Pihak pengurusan Kolej Kediaman 2 akan membuat pemeriksaan rumah sebelum proses pemulangan kunci dilakukan.



Saudara - saudara diingatkan supaya tidak meninggalkan apa-apa barangan setelah proses daftar keluar dilakukan dan menyimpan serta mengunci basikal / motosikal diruang yang telah disediakan. Mana-mana basikal yang diletakkan ditempat selain yang telah dikhaskan oleh pihak Kolej Kediaman, ianya boleh dirampas tanpa sebarang notis. Perlu diingatkan juga kepada pemilik basikal yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan, mohon pelajar untuk melupuskan basikal-basikal tersebut dengan cara yang betul. Pihak pengurusan Kolej Kediaman 2 tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan dan kerosakan barangan yang ditinggalkan.



Sebelum pulang bercuti pastikan tingkap, pintu bilik/rumah, kipas dan lampu bilik serta paip air ditutup untuk mengelakkan pembaziran dan sebarang perkara yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat kerosakan didalam bilik dan ruang guna sama, pastikan saudara melaporkan kerosakan tersebut sebelum pulang agar tindakan pembaikan dapat dilakukan.

Kerjasama dan prihatin saudara amatlah diperlukan dan pihak Kolej Kediaman mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang bakal saudara berikan.

Selamat menduduki peperiksaan akhir & Selamat Bercuti. Terima Kasih

Saya yang menurut perintah



http://
Posted by MOHAMMAD HAKIMI BIN KAMARUDIN, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
25 APR 2011

Monday 25 April 2011

Khasiat Dan Manfaat Buah-Buahan

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen obat-obatan kimia yang dijual di toko-toko, buah jauh lebih aman tanpa efek samping yang berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi :

1. BUAH TOMAT (TOMATO)
- tomat mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomat dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomat dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / kotok ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanker prostat dan kanker payudara.

2. BUAH PEPAYA (PAPAYA)
- pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pepaya dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- pepaya dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- pepaya dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi

3. BUAH PISANG (BANANA)
- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang bisa membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.

4. BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh saat demam.

5. BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)
- stoberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- stobery mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mengobati gangguan kesehatan pada kandung kemih.
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanker

6. BUAH APEL (APPLE)
- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanker.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

7. BUAH JERUK (ORANGE)
- jeruk mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- jeruk mengandung antikanker bagi tubuh.
- jeruk dapat mencegah dan mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. mengobati sariawan.
b. menurunkan resiko terkena kardiovaskuler, kanker, dan katarak.

8. BUAH PEAR / PIR (PEAR)
- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesehatan.
- pear dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mengencerkan dan menhilangkan dahak pada batuk berdahak.

9. BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)
- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandung zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengobati infeksi.
c. menjaga mengobati sariawan.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.

10. BUAH SEMANGKA (WATERMELON)
- semangka mengandung vitamin C dan provitamin A.
- semangka dapat menjadi antialergi.
- semangka mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung.

11. BUAH MELON (HONEYDEW)
- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanker dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolestrerol.

12. BUAH WORTEL (CARROT)
- wortel kaya akan vitamin A.
- wortel baik untuk menjaga kesehatan mata.
- wortel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. meningkatkan kekebalan dan ketahanan tubuh jasmani.
b. menjaga hati tetap sehat.

13. BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)
- belimbing mengandung vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu memperlancar pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.

14. BUAH NANAS (PINEAPPLE)
- nanas mengandung vitamin B dan C.
- nanas dapat mencegah terkena serangan jantung dan stroke / struk.
- nenas dapat mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menyembuhkan infeksi pada saluran pencernaan.

Untuk menjadi sehat alami tanpa bahan kimia makanlah berbagai buah secukupnya setiap hari demi kesehatan badan kita yang sangat berharga.

Khasiat Sayur Sayuran

Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.

Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.

Secara amnya, setiap sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi pelbagai kandungan yang boleh memuajarabkan pelbagai jenis penyakit . Malahan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini dapat mengurangkan pengambilan ubatan sintetik yang mempunyai kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.

BUAH KELO

Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.

Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium, malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan senak akibat ketidakcernaan.

DAUN SALAD

Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.

Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan .

KOBIS

Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah -masalah lain di usus.

Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

TIMUN

Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.

Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.

Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

KUCAI

Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

ASPARAGUS

Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

SELERI

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

LOBAK PUTIH

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

PUDINA

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
-mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,

-mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

-mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

PASLI

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

KACANG BUNCIS

Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.

PERIA

Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.

BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia oleracea dari segi saintifiknya.

Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.

Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.

KADUK

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.

DAUN KARI

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun ini.

Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

KAPSIKUM

Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini dikatakan dapat

meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.

Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.

TOMATO

Nama sainsnya adalah Iycopersicon esculentum.Merupakan sayur yang digemari oleh orang ramai dan boleh dimakan secara mentah atau dimasak.Berasal dari kelurga Solanaceae, kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C dimana diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.Ia juga baik untuk melicinkan kulit dan merupakan salah satu bahan awet yang penting .

Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu boleh kurangkan risiko sehingga 45%.

KENTANG

Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.

Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau luka.

TERUNG PIPIT

Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenalai sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.

Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.

BAWANG PUTIH

Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.

MANGGA

Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.

Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.

Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.

Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.

AVOKADO

Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

LEMON

Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan badan.

Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.

DELIMA

Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak.

Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

BELIMBING BULUH

Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

PISANG

Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.

Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

NANAS

Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.

Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.

TEMBIKAI

Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat yang tinggi.

Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam, masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.

PLUM

Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Khasiat Tauge

Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) , sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang
(osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya. Harganya pun sangat murah

15 perangai perempuan yang lelaki tidak suka

Ego terlebih.
High maintainance.
Boyish atau kasar yang amat sangat.
Kuat mencarut.
Kaki kikis.
Lack self-confidence.
Perempuan yang jenis tak reti manja.
Banyak songeh sangat.
Tak reti nak text mesej dulu, tak reti nak tegur dulu, tak reti nak call dulu (yang guna henfon especially).
Ada kawan lelaki yang rapat atau BEST FRIEND.
Tak reti bergaul LANGSUNG dgn kawan-kawan dia.
Kuat memaksa. Tak boleh itu dan ini.
Tak boleh overcome masa lalu.
Perempuan pandai dari dia.
Nak berkepit 24 jam.

10 sebab lelaki tak suka shopping

1.Mengambil masa.
2.Pilihan gaya terhad.
3.Tidak banyak saiz
4.mahal.
5.Menunggu.
6.Terpaksa mencuba.
7.Pilihan warna terhad
8.Kurang layanan
9.Juru jual memaksa
10.Apa bila dicuba tak banyak yang sesuai

lelaki tak suka bila

Salam pertemuan kembali. Korang semua sihat tak? Lama luncai tak update entri baru kat blog ni. Sibuk dengan Urusan Seri Paduka Baginda..hehe. Walaupun tak ada entri baru korang tapi tetap jenguk blog luncai. Thanks tau. Okeh kali ni luncai nak share pasal perkara yang lelaki rimas dan tak suka. Isu ni agak panas.. Jom semua blogger kita baca entri ni

1. Lelaki sangat tak suka kalau perempuan yang over sensitive. Buat sikit, dah nak menangis. Buat sikit, dah nak merajuk. Perempuan kena faham, mostly lelaki sangat suka bergurau senda. Memang sometimes gurauan lelaki tu melebih-lebih. Payah lah kalau sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak merajuk. Jangan sampai satu tahap, lelaki buat bodoh je.

2. Lelaki tak suka kalau perempuan asyik nak compare dia dengan ex boyfriends. Especially kalau bab wang ringgit. Sebab faham-faham lah, lelaki ni pantang di cabar. Kalau asyik nak tunjuk barang-barang yang ex boyfriend bagi sampai dia kena bagi more than that, mula-mula memang boleh bagi tapi lama-lama mesti lelaki akan menyampah dan suruh couple balik dengan ex boyfriend tu. Cuba kalau lelaki buat benda yang sama dekat perempuan, mesti melenting kan kan? Bersyukurlah wahai perempuan-perempuan sekalian.

3. Lelaki tak suka perempuan yang all the time nak berkepit. Kena faham, lelaki ni kan simple. Lelaki mana larat nak layan girlfriend 24/7. Nak message taknak berhenti, nak bergayut tiap masa. Bosan bosan bosan. Sebab tu banyak kes bila boyfriend tak reply message terus nak merajuk. Err, tapi kalau dah selalu sangat tak reply memang wajib marah ahhh.

4. Lelaki tak suka kalau perempuan mengata kawan sendiri depan dia, sebab akan nampak sangat bodoh. Lelaki ni open minded tapi kalau bab kawan, sangat prihatin. Sebab tu most of them lagi pentingkan kawan-kawan dari girlfriend sendiri. So, bila perempuan memburuk-burukkan kawan sendiri kat depan your boyfriend, mesti dia akan ada negative perception about you.

5. Lelaki tak suka perempuan yang panas baran. Nak nak lagi kalau lelaki tu jenis yang abang macho. Kalau marah dia dengan suara yang tinggi, confirm ah lelaki reject. Wahai perempuan, ingat! Korang kena respect lelaki sebab adalah pemimpin. Tak perlu la nak control kaum lelaki pulak.

6. Lelaki memang tak suka perempuan yang jenis mengungkit. Especially kalau girlfriend sendiri nak mengungkit benda-benda lama, apa yang dia pernah buat, apa yang dia sacrifice. Memang, perempuan rasa macam just nak ingatkan lelaki instead of mengungkit tapi cara tu kadang-kadang tak kena. Jangan sampai si boyfriend bosan dan end up dengan bergaduh.

7. Lelaki tak suka perempuan yang ego, yang susah nak mengaku silap sendiri. Kalau boleh nak letak semua kesalahan tu kat lelaki. Memang buat si boyfriend panas hati ahhh, especially kalau dah memang tu salah si girlfriend tapi taknak mengaku. Siap tuduh-tuduh si boyfriend lagi. Kita kena faham, lelaki ni dah lah memang ego. Kalau perempuan ego jugak memang susah lahhh. Api kan tak boleh dengan api.

8. Lelaki tak suka perempuan berleter dan kuat jealous yea. Especially kalau berleter pasal benda yang remeh temeh. Contohnya kalau lambat 3 minit, dah nak berleter sampai satu hari. Lepas tu mengungkit lagi. Lepas tu, kalau dah berleter mestilah muka kerut-kerut. Tak yah lah, tak comel. Er er, tapi kena jugak berleter in certain situation. Haha. Bab jealous lagi tak payah cerita. Lelaki akan rimas bila in everything perempuan nak syak wasangka dengan dia.

9. Lelaki tak suka perempuan yang dependant on people. Semua benda nak harap orang yang tolong. Kalau boleh nak makan pun, nak kena si boyfriend yang suapkan. okeh okeh, contoh melampau. Tapi memang lebih kurang lahhh. Sumpah lah menyampah. Tapi luncai pelik jugak sebab ada boyfriend yang sanggup pegangkan handbeg untuk si girlfriend, macam lah berat sangat.

10. Lelaki tak suka perempuan yang terlalu nak tahu apa yang lelaki buat. Busy body lah senang cerita. Yang jenis kalau boleh setiap masa si boyfriend kena report dia nak pergi mana, nak buat apa. Yang kalau boleh nak check everything about the boyfriend. Kawan dengan siapa, nak check wall facebook lagi, jangan ada comment perempuan lain. Nak check inbox setiap hari. Semua benda ahh nak check. Konon detail lahh. Padahal diri sendiri pun lebih kurang je. Rimas rimas.

p/s: luncai mintak maaf kalau ada yang tak suka dan melenting dengan entri ni. Sharing is Caring. :)

Sunday 24 April 2011

selamat menduduki peperiksaan..!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera.,,


saya mohd hafizi zamri dengan ini ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan2 yang akan menduduki peperiksaan yang akan bermula pada hari esok, isnin 25 april 2011.,,

saya juga mendoakan semoga anda semua :

* tenang ketika menduduki peperiksaan.,,
* sihat ketika menduduki peperiksaan.,,
* tiada gangguan ketika menduduki peperiksaan.,,
* mendapat menyelesaikan soalan dengan yakin.,,
* yakin untuk menjawab soalan peperiksaan.,,
* mendapat keputusan yang cemerlang.,,
* mendapat pointer yang cemerlang.,,
* dapat melengkapkan degree dengan jayanya.,,

aminnnnnnnnnnnn........

gud luckkkkkkkkkkkkk.,,,

Saturday 16 April 2011

MASUM

assalamualaikum & selamat sejahtera:

kepada yang berminat :

Kami dari XTREAM TENNIS CLUB UMP sedang mencari 10 orang pemain tenis untuk mewakili Universiti Malaysia Pahang ( UMP ) ke Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ), jika anda berminat dan mempunyai kemahiran dalam bidang sukan tenis ini, bolehlah turun ke gelanggang tenis ( hadapan blok W ) pada hari isnin dan selasa ( 18bh & 19hb Apr 2011 ) pemilihan akan dilakukan.,,

p/s:
sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya ( MHafizi 017-3193614 )

Monday 11 April 2011

Fasi MINDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kepada semua warga Universiti Malaysia Pahang yang masih berminat untuk menjadi fasilitator MINDS sesi 2011/2012 anda masih boleh mengambil borang MINDS pada minggu sesi temuduga yang dijalankan iaitu :-

Borang minds boleh diambil di kaunter pertanyaan ofis mpm.

SESI TEMUDUGA:-
Hari: isnin(11.04.2011)- jumaat (15.04.2011)
Masa : 9 pm- 12 pm
tempat: bilik mesyuarat mpm dan bilik diskusi mpm

Berkenaan borang fasilitator yang di ambil, anda perlu mengisinya selengkapnya termasuk menampal gmbar anda diruangan yang disediakan.
borang fasilitator tersebut boleh dibawa pada sesi temuduga yang ditetapkan.

sekian terima kasih,

SETIUSAHA MINDS 2011/2012
SYZNEE BT ALIAS
0195050806

“DENGAN HIKMAH KAMI MEMIMPIN, DENGAN HIKMAH MAHASISWA DIPIMPIN”