welcome

Wednesday 23 March 2011

penyelesaian.,,,

assalamualaikum dan selamat sejahtera.,,

terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana sudi singgah sebentar dihalaman blog saya ini.,, apa yang saya ingin nyatakan disini , harap2 ianya tidak disalah tafsirkan.,, kerana saya khuatir dan bimbang jika ianya salah sangka , perkara ini tidak akan mencapai satu jalan penyelesaian sebaliknya merumitkan lagi masalah yang timbul.,,

hari ini ( khamis, 24 Mac 2011 ).,, disini saya ingin menyatakan bahawa saya menarik balik kenyataan saya semalam ( rabu, 23 Mac 2011 ), dimana kenyataan itu saya meminta untuk memulangkan semula barang kepunyaan saya.,,

saya dengan sukarela meletakkan diri saya dibawah iaitu dimana saya memohon sejuta kemaafan kepada semua pihak samada terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam salah faham yang berlaku.,,

bukan kerana mahu minta maaf semata-mata dalam perkara ini supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaliknya saya mahu mengalah kerana tidak mahu menjadikan persahabatan yang terjalin ini renggang dan lemah.,, saya terfikir : sebaik-baiknya perlulah aku mengalah supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah dan lancar tanpa merumitkan lagi keadaan.,,

mengenai salah faham yang berlaku.,, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak menyalahkan saudara/ri sebaliknya saya menyatakan ianya hanyalah satu salah faham yang tidak dirancang.,, tiada perasaan marah , benci atau apa2 pun perasaan yang buruk saya kepada saudara/ri.,,

saya juga tidak memohon untuk saudara/ri memaafkan saya jika apa yang berlaku ini menguris hati dan perasaan saudara/ri.,, apa yang penting disini, saya tidak menyalahkan saudara/ri dan telah pun memaafkan saudara/ri diatas salah faham yang berlaku ( walaupun bukan salah saudara/ri )

saya berharap perkara ini tidak dipanjang-panjangkan jalan ceritanya dan kepada mereka2 yang tidak tahu mengenai perkara ini hendaklah merujuk kepada mereka yang lebih arif.,,


apa yang saya lakukan ini bukan lah mahu melenyapkan masalah ini semata-mata tetapi kerana :

1) masalah ini melibatkan hati dan perasaan manusia
saya percaya , tuhan maha pengampun lagi maha penyayang, DIA berhak mengampunkan dosa2 hambaNya.,, tetapi masalah ini melibatkan manusia.,, saya khuatir saya tidak sempat untuk memohon maaf dan mungkin tidak berpeluang untuk dimaafkan.,,

2) mencari jalan penyelesaian :
apa yang saya percaya, masalah walaupun masalah kecil ataupun besar, jika kita mengalah, masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah dan tanpa mengguris hati mana2 pihak.,,

3) persahabatan :
bukan siapa pun, bukan tidak kenal, sahabat tetap sahabat.,, walaupun dilanda masalah, jalan penyelesaian sentiasa ada.,, saya tidak mahu satu masalah menlemahkan tali persahabatan.,,

sampai disini sahaja apa yang ingin saya.,,,

sekian , terima kasih,,

No comments:

Post a Comment